POSTER DIGITAL MAKLUMAT WAKAF, WAKAF MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG (WAKAF MAIPP)

Semua Pengerusi
Seluruh Masjid dan Surau Negeri Pulau Pinang YBhg.Tan Sri/ YBhg. Dato' Seri / YBhg. Dato'/ Tuan,
PERMOHONAN UNTUK MEMAPARKAN POSTER DIGITAL MAKLUMAT WAKAF, WAKAF MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG (WAKAF MAIPP) DI SETIAP MASJID DAN SURAU SELURUH PULAU PINANG
Dengan segala hormatnya merujuk perkara d i atas.
Dimaklumkan, Wakaf Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (Wakaf MAINPP) kini dalam seruan kempen "Merakyatkan Wakaf" kepada seluruh masyarakat Islam di Negeri Pulau Pinang melalui Kariah Masjid.
Galakan kempen ini akan disebarluaskan dengan bertujuan , meningkatkan kutipan wakaf tunai demi melestarikan asset wakaf yang berada di atas tanah wakaf termasuklah masjid dan surau.
- Sehubungan itu, mohon jasa baik daripada YBhg. Tan Sri/ YBhg. Dato' Seri/YBhg. Dato'/Tuan untuk membuat galakan paparan ini d i tayangkan d i skrin tv di setiap masjid dan surau kariah di Pulau Pinang.
Cadangan paparan ini adalah bermula waktu Maghrib hingga isyak setiap hari.
- Segala kerjasama dan perhatian daripada YBhg.Tan Sri/YBhg. Dato' Seri/YBhg. Dato'/ Tuan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian. "MALAYSIA MADANI" "СЕКАР, AKAUNTABILITI, TELUS" "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" Saya yang menjalankan amanah, (HAJI NORZLI BIN HAJI MAT) Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang